Showing posts with label Nota Emas dan Perak. Show all posts
Showing posts with label Nota Emas dan Perak. Show all posts

Monday, September 22

Analisis Spot Harga Silver 22 September 2014

Terjunan "kaw-kaw" silver...


Gambar 1
Ketika ini selepas harga silver jatuh melepasi harga-harga kritikal seperti terendah seperti 18.72 (Mei 2014) dan 18.46 (Jun 2013), ramai tertanya2 ke mana harga silver seterusnya boleh pergi ke bawah? Ketika ini harga silver adalah pada $USD17.62/oz .

 
Gambar 1


Sunday, October 6

ISTIMEWA Buat Pengunjug Emas Perak Kita

Salam semua.

Sebahagian ucapan terima kasih kepada anda semua pengunjung-pengunjung Emas Perak Kita, kami ingin memberikan satu hadiah ISTIMEWA kepada anda semua.

Kepada individu yang ingin memulakan simpanan atau pelaburan emas fizikal,banyak persoalan yang timbul di dalam kepala mereka antaranya apa itu pelaburan emas, bagaimana untuk melakukan pelaburan emas fizikal yang selamat di Malaysia, di mana tempat untuk melabur yang betul dan dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia dan sebagainya.

Kepada individu yang telah melakukan pelaburan emas, ramai yang tidak dapat merasa keuntungan daripada pelaburan emas mereka kerana beberapa faktor. Antaranya harga belian awal yang mahal, tiada sistem pelaburan yang berkesan, tiada motif pelaburan emas, hanya ikut-ikut sahaja dan sebagainya. Tidak kurang juga yang tidak mempunyai ilmu tentang emas. Hanya melabur disebabkan 'hype' oleh orang-orang tertentu sahaja.

Jadi, sebagai tanda terima kasih dan pengenalan kepada anda semua, kami telah menyediakan satu e-book khas kepada anda semua.

Tuesday, September 24

Kita Memang Tak Boleh Pegang Duit?

Cerita Seminit Lepas Dengan Orang Rumah Saya, Rosaini Original Perfume.

Wife : Bang, kita memang tak boleh pegang duit.
Saya :  (Senyum)
Wife : Kalau kita ada duit, mesti cepat abis kan. Itu ayang 'prefer' kita beli emas ke barang (stok perfume             dia) ke.
Saya :  (Senyum lagi) 


Dompet kosong tengah bulan memang biasa,kan?
Apa yang boleh saya kongsikan daripada sembang-sembang ni.

Tuesday, September 10

Beza Simpanan Dan Pelaburan Emas

Apa beza simpanan emas dan pelaburan emas?

Tips: Perbezaan diantara simpanan emas dan pelaburan emas.

Emas ini adalah simpanan atau satu pelaburan? Apa perbezaan diantara penyimpan emas dan pelabur emas?

Jawapannya ialah: Niat anda!



Simpanan atau Pelaburan Emas? Bergantung niat anda.

Saturday, June 22

Kebocoran Wang. Hadapi dan Tanganinya?

Dalam satu seminarnya, Azizan Osman telah menceritakan rahsia untuk menangani masalah kebocoran wang. Mungkin kaedah yang dikemukakan ini adalah amat biasa dan selalu kita dengari tetapi mengaplikasinya bukan semudah yang dikatakan.



Rahsia Menangani Kebocoran Wang

1) Mengetahui keperluan dan kehendak

2) Jangan mudah memberi pinjam wang

3) Belajar menyimpan

Sunday, June 9

Takut Membeli Emas? Baca Di Sini.

Apa yang ramai orang nantikan sekarang adalah peluang untuk harga emas terus mendaki sehingga $1,500, ataupun 1550, kemudian jatuh kembali sekali lagi buat kali terakhir. Bolehkah kita jangkakan dengan tepat peningkatan ke tahap setinggi itu 1,500-1,550? Kita tak akan dapat pastikannya. Akhirnya,kita hanya akan dapat mengetahuinya bila harganya terus meningkat.

Sekarang kita berada pada tahap harga emas dan perak yang sangat murah. Adakah kita akan berasa takut kerana kita tidak dapat memastikan harganya murah atau tidak?

Tiada pakar yang dapat memastikan dengan tepat sesuatu harga tidak kira pasaran apa sekalipun (emas,perak,forex,saham dsb). Kita tidak akan dapat menjangka dengan ketepatan 100%.

Saturday, June 8

1 Dinar Public Gold

Inilah bentuk 1 Dinar Public Gold. Ada org kata 1 dinar brg "hot". Kenapa? 

Sebab: 

(1) harga paling murah dalam produk emas PG, dan
(2) spread yang rendah iaitu 6% sahaja menjadikannya produk perlaburan dan simpanan yang terbaik.
(3) saiz yang kecil sebesar duit 10 sen sahaja, senang nak simpan dan di bawa ke mana-mana. 

Harga sekarang bagi 1 dinar PGialah RM608. 
Ingin tahu macam mana ingin mendapatkan 1 Dinar PG ini dengan rm150?


Friday, June 7

Beli Emas Sekarang Dengan Harga Lombong SUPER MURAH

Mengikut Forbes,kos untuk mining 1oz gold pada tahun 2013 ialah $1391/oz iaitu pada sekitar harga sekarang. Kajian ini dibuat terhadap 60 buah syarikat "gold mining".

Adakah harga sekarang sudah mencapai harga lantai bagi emas. Mungkin ya,mungkin tidak. Ada kemungkinan untuk harga emas terus jatuh tetapi ianya tidak akan kekal lama kerana syarikat pelombong emas tidak akan membuat sesuatu yang merugikan mereka dan hanya akan membiarkan emas terus tertanam di dalam bumi. Selepas itu,barulah harga emas akan kembali melonjak.

Thursday, June 6

Harga Per Gram dan Premium

Masalah yang menyebabkan ramai orang terlibat dalam skim-skim pelaburan yang ada ialah kerana tidak meluangkan masa untuk mempelajari ilmu dalam bidang diceburi.

Perkara pertama dalam pelaburan emas yang perlu dipelajari ialah mengenai harga spot emas,harga emas per gram dan premium. Diharapkan gambar ini dapat membantu anda yang ingin berjinak-jinak dengan emas dan perak.

Wednesday, June 5

Sama Je Harga.Tak Berubah Pun.Perkara Penting Dalam Pelaburan


Dalam pasaran emas sekarang ini,apakah tindakan yang perlu anda lakukan?

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah "relax".

Dalam sesuatu pelaburan, emosi dan masa adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.

Pelabur-pelabur berpengalaman mengatakan "Investment is 90% emotion and 10% system". Yang menentukan keuntungan atau kerugian adalah bergantung kepada sikap anda mengawal emosi anda. Disebabkan emosi juga, dua individu yang menggunakan sistem dan teknik pelaburan yang sama tidak akan mempunyai hasil yang sama.

Wednesday, May 29

Setiap bulan "GERENTI" dpt saving 10 Dirham = FREE

Post ini adalah perkongsian ilmu daripada guru,cikgu,mentor aka sifu saya di dalam pelaburan emas dan perak, Tuan Axxxxx. Ini antara post beliau dalam fb beliau.

"Utk permulaan, cuba setiap kali lps blk kerja buka wallet :
Gambar ni pun gambar mentor aka sifu saya gak. Mmg anak
murid terbaik,gambar pun di "copy".

Tuesday, May 28

Mitos dan Fakta Simpanan dan Pelaburan Emas Perak




Gambar 10 Dinar PG.
Dinar ada dalam denominasi 1,5 dan 10 Dinar
Gambar 10 Dirham PG.
Dirham PG cuma dalam denominasi 10 Dirham.
Mitos:
Ramai yang menganggap simpanan dan perlaburan emas dan perak perlu dalam kos yang tinggi.
Fakta:
Anda bo mulakan simpanan dan perlaburan emas bermula darripada RM150. Untuk silver@perak pula,anda bo bermula hanya dengan Rm25 sahaja.
















Sunday, May 26

Murah...Murah...Dapat Emas Dengan Hanya Rm150

Kat tempat lain xde promosi atau sale mcm mana. Emas Rm150 je, mana nk cari kat tempat lain.


Dgn 3 keping ini dah dapat emas 1 dinar. Murah...
Belian secara EPP.
Anda ingin memiliki emas dengan harga hanya sekitar RM150? Baca selanjutnya...

Antara soalan yang biasa ditanya oleh orang ramai ketika membeli emas ialah,"Berapa harga?". 
Antara sebab utama orang ramai tidak memulakan pembelian emas adalah disebabkan harga emas yang mahal. 

Thursday, May 23

Hukum "Trade-In" Emas



Kesilapan yang tidak kita sedari yang boleh membawa kepada riba. Hukum 'trade-in' emas atau proses Menukar Emas.

Jual beli atau pertukaran emas dengan emas dibenarkan jika dipenuhi dua syarat:

1) Persamaan pada timbangan. Maka Pertukaran antara seketul emas seberat 200 gm, mestilah dengan emas seberat 200 gm juga. Jika terdapat perbezaan berat, maka kadar yang lebih akan menjadi riba fadhl.

2) Penyerahan di dalam majlis. Jual beli antara emas dengan emas mestilah disempurnakan penyerahan kedua-duanya dalam majlis tersebut. Jika ada sebarang penangguhan atau ansuran, maka ia akan menjadi riba nasiiah.

Wednesday, May 22

Jenis-jenis Barang Ribawi


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ
 بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلا بِمِثْلٍ يَدًا بِيَدٍ فَمَنْ زَادَ أَوِ اسْتَزَادَ فَقَدْ أَرْبَى الآخِذُ وَالْمُعْطِي فِيهِ سَوَاءٌ
Diriwayatkan oleh Abu Said Al Khudri bahwa Rasulullah bersabda, "Emas hendaklah dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tepung dengan tepung, kurma dengan kurma, garam dengan garam, bayaran harus dari tangan ke tangan (cash). Barangsiapa memberi tambahan atau meminta tambahan, sesungguhnya ia telah berurusan denga riba. Penerima dan pemberi sama-sama bersalah."
(H.R. Muslim no. 2971, dalam kitab Al Masaqqah)

Tuesday, May 21

Fear (takut), Greed (tamak).Dua Musuh Utama Dalam Membuat Keputusan



Dua musuh utama bagi seorang pelabur tidak mengira apa bidang saham,perniagaan,dan lain-lain termasuk jugak musuh utama bagi pelabur emas dan perak adalah fear (takut) dan greed (tamak),2T. 2T sentiasa menghantui pelabur tidak kira pelabur baru atau yang telah lama. Jadi apakah tiada cara untuk kita mengatasi 2T ini?

Jawapannya : Ada.

Sunday, April 7

"Simple" Analisis Teknikal

Harap ilmu yg sedikit ini dpt dikongsi brsama. Simple technical analysis dan kenapa skrg antara waktu yg sesuai untuk mula menyimpan/melabur emas/perak. Ini org kt lh...hehe :-)

Klik di gambar utk paparan lebih jelas.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan/simpanan emas yang betul ataupun Public Gold, boleh menghubungi saya di 014-5413852/ 0111-9067475

p/s : Simpan emas/silver utk 'keselamatan aset'  anda.

Dari laptop admin,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
01119067475 / 0145413852

Dinar& Dirham Sebagai Hantaran Kahwin

Disebabkan dkt tempat kerja dan sekeliling skrg ni ramai yg dh brtunang dan tgh prepare nk kahwin, jd admin postkn beberapa gambar dinar&dirham yang dijadikan sebagai hantaran kahwin. Silalah mencuci mata :-)

Kpd yg nk cba gnakan dnar n dirham sbagai hantran bo jadikn sampel2 ni ye. Beli hiasan n beli dinar,susun je.xyh pnat2 nk gubah2,emas dh natural cantik.kos pn sy dh cba anggarkn.bo tgk sebagai panduan.bo pilih ikut bajet hatran masing2.

 


Monday, March 18

Gold...$1200/oz. (Don't) dan (Do).

Satu artikel yang saya baca. Tak tau plak dari mana sumber ni. Lupa dah...
 Dalam artikel tersebut diceritakan harga emas akan menjunam tahap "support" $1450, dan seterusnya mencecah lingkungan $1200. Lebih kurang 20% dari harga sekarang.
Tapi, yang penting anda kena bersedia dengan strategi apa yang akan anda lakukan jika betul-betul harga emas menjunam ke harga yang disebutkan. Disini saya ada menyediakan beberapa tips kepada anda sebagai cadangan untuk dilakukan jika harga emas betul-betul mencecah 20%.  Saya pecahkan kepada dua bahagian, (Don't) dan (Do).

Sunday, February 24

Jangan Beli Barang Kemas Untuk Pelaburan


Nasihat daripada Pakar Kewangan Islam, Ustaz Zaharuddin a.k.a UZAR. Barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan, lebih sesuai sebagai perhiasan.