Thursday, May 23

Hukum "Trade-In" Emas



Kesilapan yang tidak kita sedari yang boleh membawa kepada riba. Hukum 'trade-in' emas atau proses Menukar Emas.

Jual beli atau pertukaran emas dengan emas dibenarkan jika dipenuhi dua syarat:

1) Persamaan pada timbangan. Maka Pertukaran antara seketul emas seberat 200 gm, mestilah dengan emas seberat 200 gm juga. Jika terdapat perbezaan berat, maka kadar yang lebih akan menjadi riba fadhl.

2) Penyerahan di dalam majlis. Jual beli antara emas dengan emas mestilah disempurnakan penyerahan kedua-duanya dalam majlis tersebut. Jika ada sebarang penangguhan atau ansuran, maka ia akan menjadi riba nasiiah.



Kedua-dua syarat ini disebut dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

الذهب بالذهب والفضة بالفضة والبر بالبر والشعير بالشعير والتمر بالتمر والملح بالملح مثلا بمثل سواء بسواء يدا بيد

Maksudnya: (Pertukaran) emasdengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, dan garam dengan garam, mestilah dengan kadar (timbangan/sukatan) yang sama, dan mestilah dengan penyerahan serentak (dalam satu masjlis).
Direkod oleh Muslim (no: 1587).

Jadi,apakah hukum ‘trade-in’ emas lama kepada emas rekaan baru?

Menjawab persoalan ‘trade-in’ emas lama dan tukar kepada emas baru, jatuh hukum riba dalam kes ini. ini kerana sesetengah emas lama yang di ‘trade-in’ adalah sama berat dengan emas baru yang diingini oleh pembeli tetapi pembeli tetap perlu tambahkan bayaran untuk emas rekaan baru tersebut. Jadi, wang tambahan di sini termasuk dalam wang riba.

Cara untuk mengelakkan terjadinya riba di sini adalah dengan melakukan dua urusniaga. Pertama, jual dahulu emas lama. Selesaikan dahulu urusan jual beli nya. Kemudian barulah melakukan jual beli untuk emas baru.

Contohnya ada di gambar. Pada 5 Mei lalu saya pergi ke sebuah kedai emas untuk menukar emas. Urusniaga 1st adalah saya menjual emas lama saya (bengkok dan putus) dengan harga RM3413. Kemudian,urusniaga 2nd saya adalah membeli satu rantai tangan dan subang dengan jumlah RM3345. Jadi,pihak kedai membayar saya kembali RM68 kerana adanya lebihan daripada urusniaga yang pertama.

Perkara ini turut disentuh dalam UZAR dalam laman blog beliau. Beliau memberikan ulasan lebih terperinci berserta rujukan di blog beliau:
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=286&Itemid=93.

Sila "Share" post ini jika anda rasa post ini dapat membantu mengelakkan rakan2 anda yang lain terlibat dalam urusniaga riba tanpa disedari.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan/simpanan emas yang betul ataupun Public Gold, boleh menghubungi saya di 014-5413852/ 0111-9067475

p/s : Simpan emas/silver utk 'keselamatan aset'  anda.

Dari laptop admin,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
0145413852

No comments:

Post a Comment