Tuesday, May 21

Fear (takut), Greed (tamak).Dua Musuh Utama Dalam Membuat Keputusan



Dua musuh utama bagi seorang pelabur tidak mengira apa bidang saham,perniagaan,dan lain-lain termasuk jugak musuh utama bagi pelabur emas dan perak adalah fear (takut) dan greed (tamak),2T. 2T sentiasa menghantui pelabur tidak kira pelabur baru atau yang telah lama. Jadi apakah tiada cara untuk kita mengatasi 2T ini?

Jawapannya : Ada.



Apakah cara yang paling sesuai untuk mengatasi masalah 2T. Cara yang biasa yang diguna pakai oleh pelabur berpengalaman dan professional ialah "SISTEM". Ya,"SISTEM". Sebagai seorang pelabur penting untuk anda mempunyai sekurang-kurangnya satu sistem di dalam membuat keputusan.

Kenapa kita memerlukan sistem dalam membuat keputusan perlaburan. Tujuan utama sesuatu sistem adalah untuk mengatasi masalah 2T td, Takut dan Tamak. Jadi,di dalam menggunakan sesuatu sistem tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan emosi membuat keputusan untuk anda. Anda akan membuat keputusan perlaburan berdasarkan sistem yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Terdapat beberapa sistem yang mudah yang mungkin anda boleh gunakan. Di bawah saya cuba senaraikan dua sistem mudah yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keputusan.

1) Averaging, Pembelian berkala.

Anda akan membeli emas cthnya:1 dinar setiap sebulan tanpa mengira harga dinar semasa itu.

Bulan 1 : rm700
Bulan 2 : rm650
Bulan 3 : rm680
Bulan 4 : rm600
dan seterusnya....

Dalam cth kt atas tu kos 4 keping 1 dinar yang andan beli ialah rm2630 ataupun rm657.50 sekeping.Dgn pembelian berkala, anda akan dapat mengimbangkan kerugian anda ketika membeli ketika harga tinggi dengan membeli semasa murah. Jika harga kembali kepada tahap harga rm700, anda dh untung dalam rm170. Teknik ini paling sesuai jika anda tidak tahu melihat graf ataupun tidak mempunyai masa untuk melihat graf spot price emas.

2) Lower cost averaging.

Adaptasi daripada teknik averaging,pembelian berkala yang biasa. Perbezaan teknik yang pertama dan kedua ini ialah, menggunakan sistem@teknik lower cost averaging anda hanya akan membuat pembelian tambahan jika harga jatuh pada tahap tertentu seperti contoh di bawah.


Bulan 1 : rm700 (buat pembelian).purata rm700/pcs
Bulan 2 : rm650 (buat pembelian).purata rm675/pcs
Bulan 3 : rm680 (tiada pembelian sebab purata kos lebih rendah)
Bulan 4 : rm600 (buat pembelian).purata rm650

Pada bulan 1,anda membuat pembelian pertama dgn kos rm700. Anda buat lagi pembelian di bulan kedua kerana ia lebih rendah dari harga kos pertama anda. Pada bulan ketiga,anda tidak lakukan pembelian kerana harga di bulan ketiga rm680 adalah lebih tinggi daripada kos purata anda. (Kalu nk jual kt masa ni pn bo gak,hehehe...). Pada bln keempat,anda bt lg pembelin krn harga rm600 adalah lebih rendah dr kos purata anda rm675. Begitulah seterusnya,...

Sekian,itu shaja serba sedikit daripada saya. Teknik2 ini juga sesuai untuk dipakai perlaburan silver@perak. Kalau ada mslh dan sbagainya bo hubungi sy. Semoga kita semua kaya dan berjaya dengan emas dan perak.Bye...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan/simpanan emas yang betul ataupun Public Gold, boleh menghubungi saya di 014-5413852/ 0111-9067475

p/s : Simpan emas/silver utk 'keselamatan aset'  anda.

Dari laptop admin,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
0145413852

No comments:

Post a Comment