Saturday, June 22

Kebocoran Wang. Hadapi dan Tanganinya?

Dalam satu seminarnya, Azizan Osman telah menceritakan rahsia untuk menangani masalah kebocoran wang. Mungkin kaedah yang dikemukakan ini adalah amat biasa dan selalu kita dengari tetapi mengaplikasinya bukan semudah yang dikatakan.



Rahsia Menangani Kebocoran Wang

1) Mengetahui keperluan dan kehendak

2) Jangan mudah memberi pinjam wang

3) Belajar menyimpan

1) Mengetahui keperluan dan kehendak


Tak perlu bercerita panjang tentang keperluan dan kehendak serta perbezaanya. Yang penting adalah bagaimana cara untuk menangani "kehendak" anda. Salah satu cara yang boleh anda aplikasikan untuk menangani "kehendak" ini ialah "delay gratification" iaitu menangguhkan ganjaran/kehendak anda.


Contoh, katalah anda teringin untuk membeli satu telefon pintar ataupun ipad tetapi anda telah mempunyai telefon pintar sebelum ini dan ianya masih lagi berfungsi dengan baik. Tangguhkan dulu "hajat" anda itu kerana anda masih mempunyai gajet yang lebih kurang sama fungsinya dan masih boleh digunakan. Elakkan diri anda untuk mengikuti "perkembangan semasa" dunia gajet jika tidak perlu.

2) Jangan mudah memberi pinjam wang

Tidak dapat tidak setiap daripada kita akan sentiasa "dicari" saudara atau teman untuk meminjam wang. Bukan saya meminta anda untuk menjadi kedekut. "Frugal different from stingy"


Jika anda ingin meminjamkan duit kepada saudara/teman anda pastikan anda niatkan dalam hati untuk bersedekah jika mereka tidak membayarnya kelak. Oleh itu,jika ada saudara/teman ingin meminjam wang dengan anda pastikan anda memberi dalam jumlah yang anda boleh tanggung "kehilangannya".


Contoh : Ali mahu meminjam wang dengan anda sebanyak RM1000. Anda mungkin serba salah kerana mungkin anda mempunyai hubungan yang rapat dengan Ali. Jadi, sebagai penyelesaiannya anda boleh memberi pinjam dalam jumlah yang anda rasa 'selesa' untuk memberi pinjam dan anda tidak kisah jika Ali tidak membayar kembali wang anda,katakan RM100. 

3)Belajar Menyimpan

Daripada kecil kita telah diajar untuk menyimpan tetapi berapa orang yang dapat mengamalkannya sehingga dewasa. Kita telah diajar jika memperolehi wang saku a.k.a "duit sekolah" sebanyak RM1,sebanyak 20sen diperuntukkan untuk disimpan ke tabung kita. Masalahnya, semakin kita dewasa semakin amalan itu kita tinggalkan.

Penyelesaian untuk masalah ini adalah untuk "force-saving" wang anda. Terdapat beberapa cara yang biasa yang boleh digunakan antaranya
  • Pay yourself first
  • Simpanan potongan gaji
  • Menyimpan aset anda dalam bentuk yang sukar dicairkan
Secara umumnya, pakar-pakar kewangan menasihatkan anda untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan bulanan anda ke dalam sesuatu tabung simpanan,kecemasan,persaraan dan sebagainya. Jumlah minima yang biasanya dicadangan untuk disimpan ke dalam tabung simpanan atau kecemasan adalah antara 3 hingga 6 bulan jumlah perbelanjaan anda.

Simpanan potongan gaji boleh dilakukan dengan potongan tetap secara bulanan dalam sesuatu jumlah tertentu. Banyak institusi yang boleh menggunakan kaedah ini termasuk simpanan akaun bank, Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad seperti ASB,ASW dan sebagainya. Menggunakan perkhidmatan ini adalah percuma dan anda tidak perlu susah untuk beratur di bank untuk menyimpan wang anda. Anda juga tidak mempunyai masalah mengatur kewangan anda kerana potongan ini telah dilakukan di awal-awal sebelum anda menerima dan mengeluarkan wang gaji anda lagi.


Cara terakhir untuk "force-saving" wang anda ialah menukarkannya kepada sesuatu betuk portfolio perlaburan yang sukar untuk anda belanjakan dan cairkan seperti tanah,rumah,emas dan perak. Emas dan perak menjadi pilihan saya kerana emas dan perak boleh diperolehi dalam jumlah yang kecil berbanding untuk membeli rumah dan tanah.


Untuk emas, kebiasaanya yang selalu dicadangkan adalah untuk menyimpan 1 Dinar setiap sebulan. Harga 1 Dinar ketika post ini ditulis adalah dalam lingkungan RM590. Untuk mereka yang tidak mampu membeli 1 Dinar setiap bulan, anda boleh menggunakan sistem EPP dan anda hanya memperuntukkan simpanan dalam lingkungan RM150 setiap sebulan untuk 1 dinar. Untuk perak,produk yang paling murah ialah 10 dirham yang mana ketika ini harganya adalah RM89 sahaja.

Kenapa saya memilih menyimpan emas berbanding wang kertas biasa?

Ini kerana wang kertas terlalu cair dan terlalu mudah untuk membelanja dan menghabiskannya. Kadang-kadang kita tidak perasan wang kita telah berkurangan ,sedar-sedar dalam dompet dah kosong. Macam biasa berlaku kan.

Kenapa pula saya memilih menyimpan emas berbanding tanah dan rumah?

Emas dan perak boleh disimpan dalam kuantiti yang kecil berbanding tanah/rumah. Setiap bulan anda boleh menyimpan 1 dinar emas tetapi bolehkah anda menyimpan sebidang tanah atau sebuah rumah setiap bulan? Ini tidak bermakna saya tidak menggalakkan anda membeli tanah dan rumah. Tanah dan rumah adalah salah satu aset yanng sesuai untuk dibeli dan disimpan. Masalahnya adalah harga tanah dan rumah adalah tinggi dan tidak ramai orang yang dapat membeli tanah/rumah tanpa membuat pinjaman dengan bank dan sebagainya.

Tanah dan rumah juga sukar untuk dicairkan dengan segera. Banyak prosedur yang perlu dilakukan untuk menukarkan tanah/rumah kepada wang kertas. Ini tidak berlaku dengan emas dan perak. Ianya boleh dijual beli hampir di serata dunia dan emas/perak tidak mempunyai sempadan dalam urusan jual-beli. Emas juga boleh digadaikan untuk memperolehi pinjaman segera dan anda tidak akan kehilangan emas anda.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan/simpanan emas yang betul ataupun Public Gold, boleh menghubungi saya di 014-5413852.

p/s : Simpan emas/silver untuk 'keselamatan' anda.

To protect your family,buy gold.
To help your nation,keep gold.
To follow your religion,use gold.

Dari laptop admin Emas Perak Kita,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
0145413852

No comments:

Post a Comment