Wednesday, June 5

Sama Je Harga.Tak Berubah Pun.Perkara Penting Dalam Pelaburan


Dalam pasaran emas sekarang ini,apakah tindakan yang perlu anda lakukan?

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah "relax".

Dalam sesuatu pelaburan, emosi dan masa adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.

Pelabur-pelabur berpengalaman mengatakan "Investment is 90% emotion and 10% system". Yang menentukan keuntungan atau kerugian adalah bergantung kepada sikap anda mengawal emosi anda. Disebabkan emosi juga, dua individu yang menggunakan sistem dan teknik pelaburan yang sama tidak akan mempunyai hasil yang sama.

Masa. Tiada pelaburan yang anda beli akan buat anda terus untung keesokannya harinya. Tiada pelaburan yang begitu. Jika hari ini anda beli dan esok harganya turun,itu adalah normal. Sebaliknya juga,jika hari ini menjual sesuatu dan keesokan harinya harga semakin menaik,itupun sesuatu yang normal.

Yang tidak normal ialah sesuatu pelaburan bila harga naik dan tidak pernah turun. Ataupun yang harganya turun tetapi tidak naik-naik sampai ke akhirnya.

Jika anda telah membuat suatu belian emas/perak ketika ini,antara yang anda boleh buat sekarang ialah "tidak buat apa-apa". Pernah dengar istilah "less is more"? Aplikasinya sekarang.


Nikmati hidup anda. Tujuan anda membuat pelaburan emas dan perak ialah ingin meningkatkan taraf kehidupan anda. "Enjoy the process". Mungkin masa-masa begini,adalah masa yang sesuai untuk anda bersama keluarga. Keluar ke taman rekreasi atau pantai,dan keluar makan atau "dinner" bersama-sama. Lakukan aktiviti-aktiviti yang telah lama anda tidak lakukan bersama keluarga.

"Family First"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan/simpanan emas yang betul ataupun Public Gold, boleh menghubungi saya di 014-5413852/ 0111-9067475

p/s : Simpan emas/silver utk 'keselamatan aset' anda.

Dari laptop admin,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
0145413852

No comments:

Post a Comment