Tuesday, September 24

Kita Memang Tak Boleh Pegang Duit?

Cerita Seminit Lepas Dengan Orang Rumah Saya, Rosaini Original Perfume.

Wife : Bang, kita memang tak boleh pegang duit.
Saya :  (Senyum)
Wife : Kalau kita ada duit, mesti cepat abis kan. Itu ayang 'prefer' kita beli emas ke barang (stok perfume             dia) ke.
Saya :  (Senyum lagi) 


Dompet kosong tengah bulan memang biasa,kan?
Apa yang boleh saya kongsikan daripada sembang-sembang ni.


TIPS 1 : 
Libatkan pasangan anda (suami/isteri) dalam merancang kewangan. Ada suami/isteri yang tidak mahu berbincang mengenai kewangan masing-masing kepada pasangan kerana MALUu. Ini perlu dielakkan kerana setiap keputusan yang kita ambil akan memberi kesan secara langsung kepada pasangan kita. Boleh juga bincang-bincang masa kita sengkek dan sebagainya. "Two is better than one"

TIPS 2:
Kepada indicidu yang mempunyai masalah untuk menabung,menyimpan wang atau mana-mana individu yang tidak dapat mengawal aliran keluar masuk wang (yang keluar biasanya banyak), boleh mencuba kaedah saya dan isteri untuk MENCEGAH KEBOCORAN WANG keluarga kami. Simpan nilai atau tukar simpanan wang kepada simpanan aset yang tidak begitu senang untuk dihabiskan atau dibelanjakan. Boleh cuba untuk tukar simpanan anda kepada emas, perak atau stok perniagaan (kalau berniaga). Banyak ke sikit simpanan anda tidak penting,yang penting dapat mengawal KEBOCORAN WANG dan pengurusan kewangan kita. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan/simpanan emas yang betul ataupun Public Gold, boleh menghubungi saya di 014-5413852.

To protect your family,buy gold.
To help your nation,keep gold.
To follow your religion,use gold.

 

Dari laptop admin Emas Perak Kita,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
0145413852 (call/sms)
+6014-3750898 (WhatsApp)

No comments:

Post a Comment