Thursday, September 5

Kenapa Kami Mahu Anda Menyimpan Emas.

Laporan dalam satu media Singapura baru-baru ini mengejutkan ramai pihak. Kita sering dipaparkan ekonomi negara sedang berkembang dan semakin maju tetapi lain pula laporan dalam media Singapura. Artikel ini bukannya bertujuan politik sebaliknya ingin memberitahu orang ramai "Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas" dan mempelbagaikan portfolio perlaburan anda termasuk memiliki emas fizikal.


Naik dan turun harga emas dan perak memang satu perkara yang biasa. Yang penting anda dapat menyimpan nilai kekayaan anda dalam satu bentuk yang diterima pakai di seluruh dunia. Ya. Emas dan perak tidak ada sempadannya,diterima pakai di mana-mana pelosok dunia.

Berikut antara laporan media terbabit yang saya ringkaskan
"Nilai Ringgit Malaysia dijangka kekal rendah pada kadar RM2.50 berbanding sedolar Singapura untuk enam bulan akan datang. Bahkan nilai Ringgit diramal boleh turun sehingga RM3 bagi sedolar Singapura dalam jangka panjang. Aliran keluar dana daripada pembelian bon Ringgit menjadi salah satu puncanya."

"Bagi para penduduk Singapura yang sering berbelanja di Malaysia, lemahnya nilai Ringgit berbanding Dolar Singapura sudah pasti menggembirakan mereka. Namun,rakyat Singapura yang membeli hartanah di Malaysia perlu membuat pertimbangan lebih teliti."

"Nilai Ringgit turun ke paras terendah dalam masa 15 tahun berbanding Dolar Singapura pada minggu lalu. Hari ini.kadar tukarannya berbanding sedolar  Singapura ialah RM2.50. Kadar tukaran itu dijangka kekal dalam masa terdekat ini tetapi nilai Ringgit diramal terus merosot sehingga RM3 dalam masa 5-10 tahun."

Ramai orang menyerahkan keputusan kewangan kepada orang lain. Kita banyak mendengar perkataan-perkataan seperti "Itu kerja mereka biarlah mereka yang uruskan" ataupun "Kan kerajaan ada,pandai-pandailah mereka fikirkan caranya". Bukan saya hendak meremehkan usaha mana-mana pihak tetapi keputusan kewangan sepatutnya menjadi tanggungjawab setiap individu.

Salah satu cara meningkatkan tahap kewangan anda adalah dengan menyediakan satu tabungan khas untuk simpanan anda. Umum mengetahui tabungan adalah salah satu cara mengawal kewangan yan terpenting dan saya memilih untuk menyimpan dalam emas dan perak sebagai salah cara "force saving" nilai saya setiap bulan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan/simpanan emas yang betul ataupun Public Gold, boleh menghubungi saya di 014-5413852.

To protect your family,buy gold.
To help your nation,keep gold.
To follow your religion,use gold.



Dari laptop admin Emas Perak Kita,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
0145413852

No comments:

Post a Comment