Thursday, September 12

Emas. Berada Di Antara Dua Persimpangan

Salam semua. Sedikit analisis teknikal untuk semua.

Klik untuk besarkan carta

Ketika artikel ini ditulis, harga emas berada di paras 1340/oz. Ramai yang serba salah untuk tindakan seterusnya. Di sini ada beberapa panduan yang boleh saya kongsikan.




  1. Posisi sekarang adalah untuk anda 'hold' dulu apa saja pegangan anda sebelum ada berita-berita yang memberi kesan kepada pergerakan harga emas.
  2. Melihat carta, kita dapat lihat harga emas masih lagi berada dalam trend menaik menggunakan "Equidistant Channel".
  3. "Support" sekarang berada pada paras 1330-1350.
  4. Sekiranya harga jatuh melepasi paras ini, ianya mungkin akan mencari paras "support" yang baru iaitu di sekitar 1275/oz.
  5. Sebaliknya, jika harga melonjak ke atas selepas melepasi paras "support" 1330-1350, harga emas mungkin akan mencari paras "resistant" seterusnya iaitu di sekitar 1490/oz. Kemungkinan harga 1490/oz ini akan dicecah sebelum akir tahun adalah cerah jika harga sekarang berjaya bertahan.
  6. Apa-apa berita mengenai bakal serangan Amerika Syarikat ke atas Syria sedikit sebanyak akan mempengaruhi harga emas ketika ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan/simpanan emas yang betul ataupun Public Gold, boleh menghubungi saya di 014-5413852.

To protect your family,buy gold.
To help your nation,keep gold.
To follow your religion,use gold.

 

Dari laptop admin Emas Perak Kita,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
0145413852 (call/sms)
+6014-3750898 (WhatsApp)

No comments:

Post a Comment