Tuesday, September 10

Beza Simpanan Dan Pelaburan Emas

Apa beza simpanan emas dan pelaburan emas?

Tips: Perbezaan diantara simpanan emas dan pelaburan emas.

Emas ini adalah simpanan atau satu pelaburan? Apa perbezaan diantara penyimpan emas dan pelabur emas?

Jawapannya ialah: Niat anda!



Simpanan atau Pelaburan Emas? Bergantung niat anda.


Penyimpan emas = Orang yang berniat untuk menyimpan kekayaan @ duit cash ke dalam bentuk emas. Asal ada duit ajer anda tukar cepat-cepat ke dalam bentuk emas. Bagi anda, simpanan di dalam bentuk emas lebih baik daripada cash atas sebab-sebab berikut:

Profil seorang penyimpan emas:

1. Susah simpan duit. Asyik bocor ajer akibat senang nak belanja. Tukar jadi emas, terus simpan. Selamat dari bocor.
2. Emas memberikan kepuasan jika dikumpulkan banyak-banyak, Jadi proses mengumpulkan harta adalah lebih cepat di dalam bentuk emas.
3. Emas tidak boleh dipinjam oleh orang. Duit nie senang orang pinjam. Bocor lagi.
4. Niat nak simpan emas untuk jangkamasa panjang. Bila ada keperluan di masa hadapan, barulah tukar jadi cash. Kalau takder keperluan tak perlu tukar emas jadi tunai.
5. Harga emas naik ke turun ke, anda tak kisah pun.

Bagi penyimpan emas, sifirnya mudah sahaja. Ada duit extra, tukar jadi emas.

Profil seorang pelabur emas.

Definisi: Orang yang ingin mendapatkan keuntungan dengan aktiviti membeli dan menjual emas.

Bagi mereka:

1. Emas dilihat sebagai pelaburan yg setaraf seperti ASB, unit trust, hartanah etc.
2. Aktif membeli dan menjual emas. Asal ada untung ajer, jual.
3. Suka memantau pergerakan harga emas.

Jika anda ingin menjadi penyimpan, senang ajer hidup anda. Tapi jika anda ingin menjadi seorang pelabur emas yg mantap maka anda perlu belajar beberapa ilmu extra.

Contohnya:
1. Ilmu analisis teknikal harga emas.
2. Ilmu-ilmu fundamental yang mempengaruhi harga emas.
3. Economic report ie. Unemployment report. Housing report.

Makin banyak ilmu yang anda pelajari, semakin hebat skill anda sebagai pelabur emas. Anda bukan pelabur ikut-ikutan.

Keyword = belajar.

Semoga anda kaya dan berjaya dengan emas!


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan/simpanan emas yang betul ataupun Public Gold, boleh menghubungi saya di 014-5413852.

To protect your family,buy gold.
To help your nation,keep gold.
To follow your religion,use gold.


Dari laptop admin Emas Perak Kita,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
0145413852 (call/sms)
+6014-3750898 (whatapp)

No comments:

Post a Comment