Saturday, February 9

Rakyat Iran Memilih Emas Berbanding "Rial"

Kebimbangan mengenai merosotnya kuasa membeli dan keraguan terhadap kestabilan mata wang adalah pemacu utama di sebalik peralihan daripada rial kepada emas.



TEHRAN (BullionStreet): Penduduk Iran terus untuk membeli emas disebabkan kebimbangan mengenai ekonomi negara itu, terutamanya risiko inflasi yang melambung tinggi dan mata wang yang goyah.

Menurut laporan terbaru, satu Azadi syiling emas yang dijual dengan harga 15.3 juta rials di pasaran bebas Iran Ahad lepas, merupakan satu rekod baru.

Penganalisis berkata kejatuhan nilai rial (mata wang Iran), menyebabkan orang ramai membeli lagi emas.

Kebimbangan mengenai merosotnya kuasa membeli dan keraguan terhadap kestabilan mata wang adalah pemacu utama di sebalik peralihan kepada emas.
 

Ditambah dengan sekatan yang dihadapi mereka, penduduk Iran tidak mempunyai pilihan lain selain daripada melabur dalam syiling emas kerana mereka tidak boleh memindahkan modal mereka dan melabur di negara-negara lain.

Dihargai sebagai penyimpan nilai, syiling emas Iran, dicetak selama berabad-abad, adalah merupakan salah satu budaya yang penting.

Dihasilkan oleh Bank Pusat Iran, standard syiling emas tersebut seberat 8.133 grams.Ia juga dijual dalam denominasi kecil  1/2 dan 1/4 syiling.

Ekonomi Iran telah dikenakan sekatan dengan Amerika Syarikat mengenakan tekanan global ke atas Teheran dengan alasan program nuklearnya dikatakan bertujuan untuk membina senjata atom, satu tuduhan yang dinafikan oleh Iran.


Pihak berkuasa Iran telah berkali-kali menafikan bahawa sekatan ekonomi yang dikenakan 'mencederakan' negaranya, mengatakan ekonominya adalah kukuh.

Tetapi ramai penduduk Iran yang bimbang dan menganggap menyimpan kekayaan mereka dalam ria merupakan satu risiko.



Sumber:
http://www.bullionstreet.com

p/s : Simpan emas/silver utk 'keselamatan aset'  anda.

Dari laptop admin,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
01119067475 / 0145413852    

No comments:

Post a Comment