Tuesday, February 5

5 Kesilapan Utama Dalam Pelaburan Emas

Anda ingin memiliki emas. Mungkin anda bimbang dengan kadar kenaikan inlasi negara dan dunia, anda mungkin juga bimbang dengan tindakan Fed yang mencetak "wang kertas" sesuka hati, polisi-polisi Bank Pusat, anda juga mungkin bimbang dengan perjanjian "Fiscal Cliff" atau sebagainya. Samada ada mencari pelindungan daripada inflasi, aset yang sesuai untuk menyimpan kekayaan anda, atau kedua-duanya, emas mungkin jawapan yang anda cari.

Walau bagaimanapun, di dalam pelaburan emas terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh para pelabur emas. Dalam artikel, saya akan cuba menyenaraikan lima kesilapan utama dalam pelaburan emas.

1.   Stock (Saham) Emas Bukan Emas Sebenar



Kesilapan yang selalu dilakukan oleh pelabur adalah melabur di dalam syarikat perlombongan atau syarikat penghasilan emas. Pertama sekali,harga saham syarikat perlombongan emas tidak mencerminkan harga sebenar (semasa) emas. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi harga saham sesuatu syarikat seperti pengurusan, kos, agihan perlombongan, tahap pemprosesan emas dan sebagainya. Selain itu, pada kebiasaanya syarikat perlombongan emas tidak tertumpu kepada emas sahaja. Mereka juga mungkin terlibat dalam perlombongan mineral lain seperti perak, palladium, berlian dsb.

2.   Tiada Yang Sepertinya

Jangan terpedaya dengan andaian atau cubaan untuk menggantikan emas dengan logam berharga yang lain, atau mungkin juga ingin menggantikan emas dengan barangan komoditi yang lain.  Setiap logam dan komoditi mempunyai hasil pulangan yang berlainan setanding dengan risiko, permintaan dan penawaran, fungsi utama. Mengambil contoh perak yang mempunyai hubung kait yang amat rapat dengan emas, perak secara sejarahnya adalah lebih "volatility" berbanding emas.  Lebih kurang dengan harga komoditi lain seperti minyak. Walaupun minyak juga dikenali sebagai "emas hitam","emas hitam" ini mempunyai sifat dan karakter yang berbeza dengan emas sebenarnya.


3.   Berhati-hati Dengan Nilai Premium

Premium adalah nilai tambahan yang dibayar oleh pelabur untuk mendapatkan sesuatu emas fizikal. Dalam erti kata mudah premium boleh dianggap harga upah yang dikenakan oleh sesuatu syarikat. Iaitu, harga lebihan berbanding dengan harga spot semasa emas. Contohnya harga semasa spot emas ialah RM168. Dan syarikat Public Gold menjual emas 999.9 dengan harga rm180. Jadi,nilai premium untuk barangan PG ialah (Rm180-rm168)/rm168. Kira-kira dalam limgkungan 7%. Jika hendak bermula dengan pelaburan, carilah syarikat-syarikat yang menawarkan premium rendah atau sederhana. Berhati-hati kerana terdapat sesetengah syarikat yang mengenakan premium yang tinggi sehingga 40% harga spot semasa.

4.   Perhatikan Kos Sampingan

Sekiranya anda ingin melabur dalam emas fizikal terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira. Antaranya ialah kos untuk menyimpan sesuatu emas fizikal. Jika anda memilih peti keselamatan di bank, pastikan anda membayar kos yang setimpal dan dilindungi oleh insurans yang menyamai atau hampir menyamai nilai emas anda. Mengambil peti keselamatan yang paling murah tidak merupakan kemestian. Byk lg aspek yang perlu dititik beratkan seperti had muatan peti keselamatan dan had insurans barangan dalam peti keselamatan.

5.   Emas 'Ada'

Sekiranya anda memilih untuk melabur dalam "emas buku" atau "emas kertas", pastikan wujudnya emas bila anda ingin menukarkan simpanan anda td ke dalam bentuk emas fizikal. Ini perlu diambilkira sebelum mmbuat sesuatu pelaburan. Adakah emas telah tersedia untuk dicairkan kepada wang kertas jika anda memerlukannya???

p/s : Simpan emas/silver utk 'keselamatan aset'  anda.

Dari laptop admin,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
01119067475 / 0145413852    

No comments:

Post a Comment