Tuesday, January 22

Silver Buat Penyedal Pintu

Berbanding dengan emas, silver bolehlah dikatakan di'anak tirikan'. Tidak ramai orang melihat silver sebagai salah satu pilihan simpanan atau pelaburan yang baik. Antara sebab utama silver kurang dipandang sebagai salah satu pelaburan/simpanan kerana susah untuk dijual balik. Tetapi, kebelakangan ini terdapat beberapa alternatif kepada pelaburan/simpanan silver (sori, admin dh terbiasa pnggil sbb silver...minta maaf DBP). Antaranya :

  • Membeli dan menjual perak dengan syarikat emas dan perak. Contohnya Public Gold menawarkan pelaburan/simpanan serendah 10 dirham. Harga 10 dirham semasa artikel ini ditulis adalah dalam lingkungan RM130 sahaja. Lain-lain produk perak PG adalah 100g, 250g, 500g dan 1kg (RM3868).
  • Boleh menganggotai mana-mana group silver/perak di facebook. Cthnya Silver Lot Shop, Public Silver dsb. Pastikan seller yang ingin anda beli adalah genuine seller ataupn telah berdaftar dengan group2 tersebut.
Berikut lebih kurang perbualann saya dengan beberapa orang rakan ketika sedang menghadiri sebuah seminar emas/perak tahun lepas, kira2 sembang smbil duduk lepas makan lh ni. Kalu tulis loghat real, ramai yang pening plak.

Lauk-pauk ni xde kena mengena secara hidup ataupun mati dengan silver


Rakan A : Banyak beli silver ke?
Rakan B : Baru je mula. Adalah dalam 2 oz gtu.
Rakan C : Bentuk mcm mana silver tu (Rakan C tak pernah beli silver,dok beli emas je)
Rakan B : Ada mcm2 lh. Ada bentuk bulat mcm duit syiling, ada gak bentuk empat segi. (bawa keluar tnjuk)
Rakan A : Silver ni mmg banyak peluang dia. tak ramai orang tau. Syarikat XXX pn ada bawa kuar gak silver. Biasanya silver ni orang tak pandang mcm emas. Kalu jmpa silver sekilo tepi jalan pn, xde org kutip pn. Buat tak namapak je. Cuba emas plak. Besar semut orang kutip.
Saya : (Senyum je... Biasalh org2 senior ckp, kita dengar jelah)
Rakan A : (Sambung balik) Silver ni kalu beli sekilo pastu buat penyendal pintu pn bkn ada orang kisah. Orang ingat silver tu batu asah pisau ke apa ntah..

Panjang lagi lh nyembang2 kami ni tp saja nk brhenti kt cni, nk highlightkan beberapa kelebihan silver yang tak patut korang lupakan.

  Modal untuk silver kecil berbanding emas (Paling kecil 1 dirham KGT lebih kurang harga RM25, PG 10dirham RM130).
  • Harga spot silver rendah (lbh krg 30usd/oz masa artikel ditulis). Jd, peluang nk untung lebih besar. Tp, jaga2 kalu rugi pn besar gak. Jd, kna berguru dan perhatikan harga2 lepas lh ye.
  • Tak de mslh sgt utk simpan. Kalu trtinggal kat atas meja ke apa, org xde nk amik. Tak ramai orang tahu peluang pelaburan/simpanan silver sekarang ini.
  • Dsb...Tp yang dikongsi di sini ialah permintaan silver dunia bukanlah datang daripada pelaburan/simpanan ataupn perhiasan. Demand terbesar silver adalah datang daripada sektor perindustrian. Silver banyak digunakan dalam barang2 elektronik kita ni sbenarnya. Tp, kebanyakan silver/perak dalam brg2 elektronik ni tidak dikitar semula kerana kos yang tak sepadan dan mcm2 lg lh. Jadi silver ni semakin hari semakin kurang lh.

2011 - Silver Supply


2011 - SilverDemand

Untuk detail pasal supply-demand silver, boleh rujuk post kat sini ye
http://emasperakkita.blogspot.com/2013/01/silver-supply-and-demand.html

p/s : Simpan emas/silver utk 'keselamatan aset'  anda.

Dari laptop admin,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
01119067475 / 0145413852    

1 comment:

  1. Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
    cloud service provider

    ReplyDelete