Monday, January 21

Panduan Memilih Produk Emas

Produk Emas bagaimanakah yg sesuai dan terbaik bagi simpanan dan pelaburan?

Pilihan terbaik setiap masa, dan sentiasa adalah produk yg kadar susut nilai (spread) yg paling rendah, tidak kira dinar atau gold bar kerana keuntungan anda nanti akan jadi lebih cepat dan banyak.
Jikalau anda seorang peniaga atau baru ingin bermula dengan pelaburan emas, jenis 1 dinar adalah disyorkan.







Macamana kalau rantai atau barang kemas pula?

Biasanya susut nilai rantai atau barang kemas adalah 10% dan ke atas, jadi tidak berapa sesuai untuk dijadikan simpanan dan pelaburan…kalau boleh dapat yang sust nilai yang kecil mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu pilihan.


Tapi kalau untuk simpanan jangkamasa panjang masih untung kan…?

Ya betul, cumanya kalau ada pilihan yang boleh menguntungkan anda dan hanya memerlukan tempoh sekitar 2-3 bulan, kenapa perlu memilih yang hanya boleh menguntungkan selepas 2-3 tahun…?

Tapi Gold bar dan Dinar tak boleh digadai di arrahnu kan.. ?

Semuanya berbalik kepadad matlamat anda untuk membeli emas. Kalau tujuan anda untuk digadaikan, eloklah beli jenis yang boleh di gadaikan atau di ar-rahnukan. Walau bagaimanapun ada boleh mencari syarikat atau bank yang menerima gold bar untuk di ar-rahnukan. Contohnya Bank Islam di Kelantan, Koperasi Tentera (KT), MAIDAM Terengganu (Dinar) dsb. Anda juga boleh mencuba perkhidmatan PSP yang disediakan oleh Public Gold untuk 'menyimpan' gold bar dan dinar anda.

p/s : Simpan emas/silver utk 'keselamatan aset'  anda.

Dari laptop admin,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
01119067475 / 0145413852

No comments:

Post a Comment