Monday, October 7

Analisis Spot Emas October 07-11, 2013

Ketika ini harga emas dikatakan berada di dalam keadaan 'downtrend'. Kita boleh perhatikan selepas harga emas mencecah paras terendah pada sekitar 1280/oz pada 28 Jun 2013, harga emas terus mendaki ke paras 1432/oz pada 28 Ogos 2013.

Graf spot emas
Jadi apa yang boleh kita jangkakann minggu ini?

Sunday, October 6

ISTIMEWA Buat Pengunjug Emas Perak Kita

Salam semua.

Sebahagian ucapan terima kasih kepada anda semua pengunjung-pengunjung Emas Perak Kita, kami ingin memberikan satu hadiah ISTIMEWA kepada anda semua.

Kepada individu yang ingin memulakan simpanan atau pelaburan emas fizikal,banyak persoalan yang timbul di dalam kepala mereka antaranya apa itu pelaburan emas, bagaimana untuk melakukan pelaburan emas fizikal yang selamat di Malaysia, di mana tempat untuk melabur yang betul dan dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia dan sebagainya.

Kepada individu yang telah melakukan pelaburan emas, ramai yang tidak dapat merasa keuntungan daripada pelaburan emas mereka kerana beberapa faktor. Antaranya harga belian awal yang mahal, tiada sistem pelaburan yang berkesan, tiada motif pelaburan emas, hanya ikut-ikut sahaja dan sebagainya. Tidak kurang juga yang tidak mempunyai ilmu tentang emas. Hanya melabur disebabkan 'hype' oleh orang-orang tertentu sahaja.

Jadi, sebagai tanda terima kasih dan pengenalan kepada anda semua, kami telah menyediakan satu e-book khas kepada anda semua.