Monday, October 7

Analisis Spot Emas October 07-11, 2013

Ketika ini harga emas dikatakan berada di dalam keadaan 'downtrend'. Kita boleh perhatikan selepas harga emas mencecah paras terendah pada sekitar 1280/oz pada 28 Jun 2013, harga emas terus mendaki ke paras 1432/oz pada 28 Ogos 2013.

Graf spot emas
Jadi apa yang boleh kita jangkakann minggu ini?



Kita dapat perhatikan pada graf di atas (boleh besarkan kalau kurang jelas,hehe..), terdapat satu key-support/important support pada paras harga 1275/oz. Jika harga ini dapat bertahan di atas paras support ini pada minggu ini,kita akan melihat harga akan melonjak ke paras yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, jika paras support 1275/oz ini dipecahkan dan harga 'close' di bawah paras ini, kita akan dapat melihat harga akan menjunam dengan jurang yang besar kerana longer-term support hanya terdapat pada paras 100% fibonacci iaitu di sekitar harga 1180/oz.

Jadi minggu ini,harga yang perlu diperhatikan adalah pada tahap "Golden Ratio 61.8%" Fibonacci Retracement iaitu di paras harga sekitar 1275/oz.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan/simpanan emas yang betul ataupun Public Gold, boleh menghubungi saya di 014-5413852.

To protect your family,buy gold.
To help your nation,keep gold.
To follow your religion,use gold.

 

Dari laptop admin Emas Perak Kita,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
0145413852 (call/sms)
+6014-3750898 (WhatsApp)

No comments:

Post a Comment