Persediaan Sebelum Bermula Dgn Emas dan Perak
Antara perkara utama yang perlu dititikberatkan sebelum anda bermula
dengan emas/perak adalah berbalik kepada diri anda, bknnya jenis dan
harga emas/perak.
Terlebih dahulu,anda berada dalam kategori yg mana antara tiga kategori berikut
1)Penyiman
2)Pelabur
3)Peniaga
Penyimpan
Mereka merupakan individu yang akan membeli emas/perak dengan tujuan
utamanya adalah untuk menyimpan emas/perak itu sendiri. Tujuannya sebagai
preserve dan jaminan kepada harta mereka. Org ppuan yg mbeli emas untuk
dipakai pn boleh msk kategori ini.
Pelabur
Merupakan
indvidu yang mencari keuntungan daripada kenaikan dan penurunan harga
emas/perak. Emas/perak dijadikan pilihan kerana peratus kenaikan tahunan
yang tinggi. Jika ada, instrumen lain yang menawarkan pulangan yang
lebih tinggi drpd emas/perak,mereka akan beralih ke instrumen yang lain.
Peniaga
Individu yang menjual dan membeli emas/perak.Mereka antara golongan
yang paling banyak beroleh keuntungan kerana tidak terlampau terikat
dengan turun dan naiknya harga emas. Jika harga naik, mereka akan untung
dengan menjual barangan mereka. Dan,sebaliknya jika harga jatuh mereka
akan untung kerana dapat membeli dengan harga yang lebih murah drpd
pelanggan.
Sekian,serba ringkas. Perlu difahami seseorang
individu bo menjadi salah satu antara tiga kategori ataupn gabungan dua
kategori. Malah, ada individu yang merupakan gabungan antara tiga
kategori berikut.
p/s : Simpan emas/silver utk 'keselamatan aset' anda.
Dari laptop admin,
Amir Saifuddin bin Mohd Fauzi
01119067475 / 0145413852
No comments:
Post a Comment