Sunday, October 6

ISTIMEWA Buat Pengunjug Emas Perak Kita

Salam semua.

Sebahagian ucapan terima kasih kepada anda semua pengunjung-pengunjung Emas Perak Kita, kami ingin memberikan satu hadiah ISTIMEWA kepada anda semua.

Kepada individu yang ingin memulakan simpanan atau pelaburan emas fizikal,banyak persoalan yang timbul di dalam kepala mereka antaranya apa itu pelaburan emas, bagaimana untuk melakukan pelaburan emas fizikal yang selamat di Malaysia, di mana tempat untuk melabur yang betul dan dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia dan sebagainya.

Kepada individu yang telah melakukan pelaburan emas, ramai yang tidak dapat merasa keuntungan daripada pelaburan emas mereka kerana beberapa faktor. Antaranya harga belian awal yang mahal, tiada sistem pelaburan yang berkesan, tiada motif pelaburan emas, hanya ikut-ikut sahaja dan sebagainya. Tidak kurang juga yang tidak mempunyai ilmu tentang emas. Hanya melabur disebabkan 'hype' oleh orang-orang tertentu sahaja.

Jadi, sebagai tanda terima kasih dan pengenalan kepada anda semua, kami telah menyediakan satu e-book khas kepada anda semua.

Tuesday, September 24

Kita Memang Tak Boleh Pegang Duit?

Cerita Seminit Lepas Dengan Orang Rumah Saya, Rosaini Original Perfume.

Wife : Bang, kita memang tak boleh pegang duit.
Saya :  (Senyum)
Wife : Kalau kita ada duit, mesti cepat abis kan. Itu ayang 'prefer' kita beli emas ke barang (stok perfume             dia) ke.
Saya :  (Senyum lagi) 


Dompet kosong tengah bulan memang biasa,kan?
Apa yang boleh saya kongsikan daripada sembang-sembang ni.

Monday, September 23

16-20/09/2013 Minggu 'Tough' Untuk Emas Perak

Harga Emas Ditutup : 1325.60
Perubahan : -39.50 @ -2.89%

Harga Silver Ditutup : 21.80
Perubahan : -1.29 @ 5.59



Friday, September 20

'Taper' ? Kesan Ke Atas Harga Emas Dan Perak

Pada 18 September 2013 satu pengumuman telah dibuat oleh Pengerusi Federal Reserve, mereka tidak akan mengurangkan aktiviti membeli balik 'bond' yg ketika ini menelan kos USD85 Billion setiap bulan atau dipanggil 'TAPER' (sebut dalam sebutan 'English',bukan tapir ye).


Sebelum ini, ramai yang menjangkakan Federal Reserve akan mengurangkan perbelanjaan membeli 'bond' diantara USD5 billion ke USD20 billion setiap bulan, sehinggakan menyebabkan harga emas menjunam ke sekitar 1300/oz.